 |
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH
DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA
MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN
KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU
BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA
JADINYA.
Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah
daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran,
iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada
semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak
mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak
mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya
juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah.
Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau
terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.
Jika anda tidak mampu
melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama
ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya
walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain
bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang
lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori
hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi
sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia.
Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin
bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita
seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik
tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali
teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan
garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina
lapangan baru.
Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan
seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan
bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
- Buang semua kenangan
bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi
menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya. -
Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan
kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori
kebaikan. - Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan
anda juga untuk orang lain. - Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di
sebalik perpisahan itu. Pasti ada. - Carilah pengganti. Usah setia pada
prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan
baik. - Usah biarkan hati digayut rindu, pilu. - Elakkan kerap
bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri. - Anggap dia tak pernah wujud di
muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya. - Faham dan percaya
anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila
bertemu insan yang betul. - Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran
anda. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan